eTiQa Takaful - Pengendali Takaful Terbesar di Malaysia  

Posted by Rudstarz


eTiQa Takaful Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Takaful Nasional) muncul sebagai syarikat takaful terbesar di Malaysia, tahun kewangan yang berakhir pada 30 jun 2010. Ahli kumpulan Maybank ini terus menguasai pasaran produk takaful di Malaysia dengan peratusan penguasaan pasaran terus meningkat setiap tahun walaupun terdapat kemasukan syarikat gergasi insuran dari luar negara. Berikut adalah antara pecahan paratusan dan juga pencapaian syarikat eTiQa Takaful Berhad bagi tahun kewangan 2009/2010.


Peratusan Penguasaan syarikat Takaful di Malaysia





Etiqa is the market leader in Takaful industry by commanding 45% of market share for 2009. Despite the sluggish economy, Etiqa still managed to record a significant growth of 28% compared to 2008 and settled at RM986 million of gross premium.







Kejayaan eTiQa Takaful ini juga didokong oleh bilangan ejen yang ramai iaitu kira-kira 23,000 orang diserata Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa eTiQa Takaful bukan hanya sekadar pilihan mereka yg mahu memiliki perlindungan takaful, malah turut juga menjadi pilihan mereka yg mahu menceburi perniagaan takaful. Pihak syarikat juga mengalu-alukan penyertaan lebih ramai rakyat Malaysia sebagai perunding takaful kami.


eTiQa Takaful Berhad bukan sahaja juara bagi kategori penguasaan pasaran, tetapi telah memenangi pelbagai anugerah lain antaranya:
  1. Most Innovative Products – Takaful category, KLIFF Awards 2007
  2. the Best Takaful Marketing award, International Takaful Awards, London 2008
  3. Most Outstanding Takaful Company award, KLIFF Awards 2008
  4. Best Brand in Services - Insurance & Takaful, Brand Laureate, Kuala Lumpur 2009
  5. Best Bancatakaful Award, International Takaful Awards, London 2009.

"IT'S NOT ABOUT POLICY, IT'S ABOUT PEOPLE"
"ETB - MALAYSIA'S LARGEST TAKAFUL OPERATOR"

Untuk maklumat lanjut berhubung produk eTiQa Takaful dan peluang kerjaya, hubungi perunding takaful anda:
Md Hairudi Bin Jani
017-685 7940
ir_mdhairudi@yahoo.com


Insurans & Road Tax Kereta Anda Hampir Tamat?  

Posted by Rudstarz

INSURANS DAN ROAD TAX KERETA ANDA
HAMPIR TAMAT?


*Anda Terlalu Sibuk Dengan Tugas Harian?*Anda Tiada Masa Untuk Ke Bank?
*Anda Tiada Masa Untuk Ke Pejabat Pos?*Rimas Terperangkap Dlm ‘Traffic Jam’?



ANDA SUNGGUH BERTUAH KERANA AD
A PIHAK YANG BOLEH
LAKUKAN SEMUANYA UNTUK ANDA!

Kami wakil berdaftar dengan eTiQa Takaful Berhad menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

* Perbaharui Insurans Kenderaan
* Perbaharui Cukai Jalan (Road Tax)
* Khidmat Nasihat Tuntutan
* Perkhidmatan ‘DOOR TO DOOR’
* Merangkumi Kenderaan Persendirian Atau Kenderaan Syarikat.

INFO
1) Cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya.
2) Roadtax kereta boleh diperbaharui sekalipun tanpa geran di tangan ada.

** Tuan/Puan disarankan utk menghubungi wakil kami seminggu lebih awal utk menikmati servis yg berkualiti dan mengelakkan sebarang kesulitan.
** Tiada charge tambahan dikenakan atas servis yg diberikan.


TUNGGU DULU!!
Berita baik buat warga UTM (Pensyarah & Pelajar)
Dapatkan rebat potongan harga bagi premium insurans kereta daripada wakil takaful kami

Sekiranya ingin mendapatkan jumlah premium insurans (bayaran) secara pantas: SMS Nama, CC Kenderaan, Harga Pasaran kereta, NCD ke 017-6857940

Contoh: Hairudi, 1.6, RM50000, 30% dan hantar ke 017-6857940

Hubungi wakil kami :
Md Hairudi Bin Jani
017-6857940

RAHSIA MENJANA PENDAPATAN PASIF BERSAMA eTiQa TAKAFUL  

Posted by Rudstarz

Perniagaan Yang Menakjubkan Di eTiQa Takaful



Tahukah anda?
Industri Takaful adalah antara cabang industri yang menjana pendapatan pasif (passive income) untuk anda.


Kami dengan penuh rasa takzim menjemput tuan/puan untuk sertai kami di eTiQa Takaful.

KENAPA BIZ INI?


KENAPA MESTI eTiQa TAKAFUL?

# Pengendali Takaful yang TERBESAR dan TERKUKUH bukan sahaja di Malaysia malah di Dunia.
# Kenaikan pendapatan secara bulanan.
# Pendapatan TIADA HAD pendapatan. Usaha lebih, pendapatan lebih.
# Dapat melancong PERCUMA ke luar negara bagi mereka yang achieve target.
# Jaminan BONUS tahunan, tanpa perlu kelulusan dari Kabinet atau Perdana Menteri (termaktub dalam kontrak wakil).
# Pendapatan boleh DIWARISI oleh suami/isteri atau anak-anak.
# LATIHAN dan BIMBINGAN berterusan (dari seorang yang tak pandai bercakap kepada seorang otai dalam industri takaful) bimbingan dan asuhan akan membentuk anda mengatasi masalah tesebut.
# KENAIKAN PANGKAT berasaskan pencapaian (productions), bukan berapa lama anda dah jadi wakil.
# BOLEH jadi JUTAWAN? .... Sudah tentu.!...tapi bukan dengan sekelip mata. Dah ramai Pengurus Agensi Kumpulan di ETiQa Takaful yang jadi jutawan

KELEBIHAN MENJADI WAKIL eTiQa TAKAFUL?

# Memperkenalkan Produk Islam (Takaful vs Insurans).
# Waktu kerja yang fleksibel (Part Time/Full Time).
# Pakej komisyen, bonus dan insentif yang menarik.
# Bertindak sebagai penasihat kewangan (simpanan, perlindungan & pelaburan).
# Menolong orang dalam menyediakan pelan simpanan dan jaminan kewangan ketika ditimpa musibah (kemalangan atau penyakit).

Kelayakan : SPM dan ke atas

KOMISEN ANDA!

Setiap jualan yang anda buat menghasilkan komisen 35% untuk tahun pertama.
Contoh pengiraan komisen berikut jika anda berjaya mendapat 10 orang clients dengan setiap orang membuat premium bulanan RM 100. Kita lihat apakah potensi pendapatan anda selepas setahun???

10 x RM 100 = RM1000
Komisen : 35% x RM1000 = RM350

Selepas 12 bulan anda menjadi Wakil eTiQa Takaful,
anda akan menerima komisen bulanan RM 4,200.00 setiap bulan.

Lebih banyak jumlah kes yang anda perolehi,
maka lebih banyaklah pendapatan anda. Begitu jugalah sebaliknya.

BONUS TAHUNAN


OVERSEA TRIP (OST)

Cepat ! Masa berlalu begitu cepat. Bayangkan jika 3 tahun dahulu anda sudah menyertai kami dan berjaya mengekalkan tempo jualan (pencarian peserta).

Mulakan langkah anda hari ini juga!
Hubungi wakil takaful anda:
Md Hairudi Jani
017-6857940

Pesanan Dari Upin & Ipin  

Posted by Rudstarz

Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi insurans sepanjang hayatnya. Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.

Bagi muslim, produk berasaskan Islam telah dihasilkan iaitu TAKAFUL sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans. Al-Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN. Maka ETIQA TAKAFUL(sebelum ini dikenali sbg Takaful Nasional) adalah hasil usaha-sama dgn MAYBANK BHD.

Youtube dibawah menerangkan bahawa hukum Insurans Konvensional adalah haram kerana mempunyai unsur gharar, maisir dan riba'.

 

Posted by Rudstarz


MENGAPA INDIVIDU PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL?

1) Setiap orang sentiasa terdedah kepada musibah
atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran,
penipuan dan banyak lagi yang boleh
mengakibatkan kerugian kewangan dan
pengurangan nilai

2) Risiko atau musibah itu tidak pasti bila terjadi

3) Sistem atau saluran bantu membantu tidak dihalang
oleh agama, malah ia sangat digalakkan

4) Sistem takaful boleh meringankan beban risiko atau
kesedihan untuk menyambung aktiviti harian hidup


PENGERTIAN TAKAFUL

“Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi
sumbangan bagi maksud itu.”


CIRI-CIRI TAKAFUL

  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru’
  • Pelaburan Halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada Unsur Riba
  • Tiada Unsur Maisir
  • Tiada Unsur Gharar
  • Perkongsian Keuntungan

PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS


KENAPA KITA HARUS MEMILIH TAKAFUL ?

TAKAFUL BEROPERASI MENGIKUT PRINSIP SYARA’
Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil
keputusan seperti berikut;
“Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat
insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah
yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu”;

  • Mengandungi gharar (ketidaktentuan)
  • Mengandungi unsur judi.
  • Mengandungi unsur riba.

Untuk mengetahui lebih lanjut Pelan Takaful dan perancangan ekonomi masa
depan anda sila hubungi wakil korporat kami


Md Hairudi Bin Jani
017-6857940

"Merancanglah bermula hari ini"

Etiqa Takaful Terbaik 2009  

Posted by Rudstarz

Kepada yang belum ada simpanan takaful sangat dialu-alukan untuk sertai kami. Dengan misi korporat “Menginsankan Takaful dan Insurans”, kepuasan hati para pelanggan sangat kami utamakan. Hubungi wakil kami untuk maklumat lanjut:

Md Hairudi Jani
017-6857940

Pelan Pendidikan Sarjana  

Posted by Rudstarz

Pelan Sarjana menyediakan tabung pendidikan kanak-kanak berserta
perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa
pertengahan dan panjang.

Apa yang anda dan anak anda DAPAT sekiranya menabung dalam Pelan Pendidikan Sarjana?

  1. Simpanan dan jaminan pendidikan ke IPT
  2. Perlindungan pembayar dan anak
  3. Pampasan kematian pembayar dan anak
  4. pampasan hilang upaya pembayar dan anak
  5. Dividen 5.5%
  6. Pelepasan cukai RM3000 setahun

Faedah Tambahan:

  1. Elaun Tunai wad hospital pembayar dan anak
  2. Pampasan kemalangan anak
  3. Manfaat sara hidup dan pendidikan anak setiap tahun


Anugerah Intelek

Berikut antara anugerah kecemerlangan dan insentif yg diberikan kepada pemegang polisi Sarjana Etiqa Takaful Berhad.

Dengan menyimpan dari RM 2 sehari, anak anda berhak mendapat
perlindungan dan insentif yg dijanjikan.

Contoh Ilustrasi:
Umur Pembayar : 40 tahun
Simpanan bulanan : RM 100


Bersediakah Anda Menghadapi Risiko?  

Posted by Rudstarz

Islam sangat menitikberatkan hal ehwal kewangan dalam kehidupan manusia sejagat. Tahap kewangan akan menentukan sejauh mana seseorang itu boleh berjaya di dunia tanpa membelakangkan hal akhirat. Perancangan ekonomi yang rapi akan membawa kepada kebahagiaan kelak sama ada pada diri dan keluarga.

Sabda Rasulullah S.A.W :
' Meninggalkan anak dan isteri kamu dalam kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta...'


RISIKO


Risiko adalah situasi apabila seseorang itu trdedah kepada peluang untuk ditimpa bahaya atau malapetaka. Kemungkinan untuk ditimpa musibah seperti kemalangan, kematian, penyakit kritikal dan pelbagai lagi memang ada cuma kita tidak tahu bilakah ia akan muncul. Persediaan kewangan adalah langkah terbaik yang perlu diambil.


'Sediakan Payung Sebelum Hujan'... Bersedialah anda daripada sekarang!

Segala pertanyaaan mengenai skim simpanan takaful hubungi moderator, hairudi (017-6857940)


Pelan Jaminan Kewangan Anda  

Posted by Rudstarz

Perancangan ekonomi masa depan sangat ditekankan dalam Islam. Risiko atau musibah boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kira masa atau tempat. Takaful merupakan produk berasaskan Islam yang memberi perlindungan kepada pemegang polisi takaful. Petikan akhbar berikut mengupas betapa pentingnya simpanan takaful pada seseorang individu.

Awas! jangan keliru dengan Takaful dan insuran, antara syarikat korporat yang menjalankan Skim Takaful seperti berikut:Sudahkah anda mempunyai simpanan takaful? Jika ya..alhamdulillah..Jika belum anda belum terlambat, hubungi saya segera untuk mengetahui dgn lebih lanjut mngenai skim simpanan takaful dan manfaat yg bakat anda perolehi.

Hairudi Jani : 017-6857940

15 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT SERTAI SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL  

Posted by Rudstarz

1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan
Pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika berlaku kematian atau hilang upaya seumur hidup, manfaat yang akan dibayar adalah berasaskan jumlah perlindungan. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.

2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga
Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.

3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S
Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun. Selepas umur 21 tahun (tempoh umur matang), boleh keluarkan tabungan terkumpul dalam akaun peserta untuk membiayai kos pendidikan ke universiti atau kolej.
4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji
Melalui produk Takaful Mesra, sumbangan dalam Takaful akan memenuhi keperluan dan manfaat ke arah menunaikan fardhu haji selewat-lewatnya 10 tahun akan datang.

5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal
Pihak Takaful akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.

6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 2 hari 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari yang didiscashkan.

7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan
Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

11. Pengecualian Cukai
Pendapatan Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Takaful Nasional akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful (win-win situation)13. Amal Jariah (Tabbaru'at)
Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.

Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan tabungan dan pelindungan untuk perancangan kewangan hari untuk hari esok

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…" (Hadis Riwayat Bukhari)


Hubungi Wakil takafl kami untuk maklumat lanjut

Md Hairudi Jani : 017-6857940

Etiqa Takaful Bayar Tuntutan Rawatan Perubatan H1N1  

Posted by Rudstarz

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Etiqa Insurance Berhad Khamis mengumumkan akan membayar tuntutan yang dibuat oleh pemegang polisi perubatan dan kesihatannya sekiranya mereka dimasukkan ke hospital untuk rawatan Influenza A(H1N1).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarahnya Datuk Aminuddin Md Desa dalam satu kenyataan di sini berkata perkara itu berkuatkuasa serta merta.

Beliau berkata pihaknya sentiasa berpegang pada asas insurans dan takaful iaitu untuk membantu orang ramai kerana H1N1 boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

"Oleh itu, dalam masa-masa sukar ini, kami telah membuat keputusan untuk melanjutkan liputan bagi pemegang pelan perubatan dan kesihatan untuk merangkumi Influenza A(H1N1), sekaligus memastikan tuntutan akan dibayar kepada pemegang polisi yang dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan kerana wabak itu.

"Ini akan memberi mereka perlindungan secara fizikal dan daripada segi kewangan," katanya.

Aminuddin berkata perlindungan tambahan bagi H1N1 diberikan kepada semua pemegang semasa polisi perubatan dan kesihatan Etiqa serta pemegang polisi baru yang mengambil pelan itu mulai sekarang.

klik di imej untuk paparan yg lebih jelas

-- BERNAMA

PUASA SI MISKIN  

Posted by Rudstarz

Original post @ http://isuhagat1.blogspot.com/

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Rahsia Kerja Kerajaan  

Posted by Rudstarz

Tips terbaru untuk anda yg masih mencari peluang pekerjaan di sektor awam. Miliki koleksi panduan berikut sekarang juga!


Kisah Duda & Janda  

Posted by Rudstarz

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa... "... Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Tidak Takut Saman RM 105 Juta?  

Posted by Rudstarz

KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga tidak takut disaman berapa banyak pun. Tuhan memihak pada yang benar dan harap berbalik rezeki (menang dalam saman itu) kepada kami,” kata Daisy Fajarina, 44, ibu mentua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Daisy dihubungi di Indonesia bagi mengulas tindakan saman fitnah berjumlah RM105 juta dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry terhadapnya semalam dan anak kedua Daisy, Manohara Odelia Pinot, 17, yang juga isteri Tengku Temenggong Kelantan.


Tengku Muhammad Fakhry, 31, sebagai plaintif, menamakan ibu mentuanya, Daisy Fajarina sebagai defendan pertama dan isterinya, Manohara Odelia Pinot defendan kedua. Sebelum ini, pada 5 Julai lalu, putera ketiga Sultan Kelantan itu memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan, bagi menuntut Manohara kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.

Mengenai kemelut kekeluargaan yang terjadi itu, Daisy berkata, naluri ibu dimilikinya tidak berapa tepat apabila menganggap Tengku Muhammad Fakhry boleh menjaga Manohara dengan baik. “Saya amat percaya kepadanya (Tengku Muhammad Fakhry) ketika kali pertama bertemu dalam satu majlis makan malam pada 2006 yang turut dihadiri Manohara. “Beliau datang kepada saya dan dengan sopan meminta kebenaran: ‘Boleh tidak saya berkenalan dengan puteri ibu (Manohara)’. Saya membenarkan kerana I really trust him so much (saya sangat percayakannya)...,” katanya.

“Manohara juga sedang dalam perancangan untuk bercerai. Dia tidak akan kembali kepada Tengku Muhammad Fakhry,” katanya.

Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara pulang ke Indonesia dan enggan kembali.

Kisah bekas model itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik Indonesia sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif. Berita mengenai Manohara yang melarikan diri daripada suaminya ketika di Singapura, baru-baru ini, mendapat liputan meluas akhbar di Indonesia.

Manohara yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh suaminya turut menjadi bahan berita utama 10 stesen televisyen swasta Indonesia yang menyiarkan sidang media dan wawancara dengannya sekembali ke Jakarta.

Benarkah Angkara Nordin Mat Top?  

Posted by Rudstarz

Noordin Mat Top rakyat Malaysia yang sangat dikehendaki FBI dikatakan sebagai dalang kepada kejadian letupan hotel di Jakarta.

Lima terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua bom meletup di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton, di Mega Kuningan, di sini, pagi ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan (84.5 pagi waktu Malaysia) itu bermula dengan letupan pertama di laluan masuk ke tempat meletak kereta di Hotel JW Marriot dan disusuli lima minit kemudian di Restoran Airlangga di tingkat dua Hotel Ritz Carlton.

Serangan bom pernah berlaku di Hotel JW Marriot pada tahun 2003. Kedua-dua hotel berkenaan merupakan hotel favourite bagi warga asing terutamanya daripada Amerika Syarikat dan Eropah.

Noordin Mohammed Top lahir di Johor pada 11 Ogos 1968 aka Noordin Mohammad Top adalah lelaki paling dikehendaki di Asia. Noordin dikatakan pakar bom Jemaah Islamiyah (JI) juga dilaporkan adalah pegawai, pelatih, pembuat bom dan perancang kepada kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Noordin dan Dr Azahari Husin seorang lagi rakyat Malaysia dikatakan "mastermind" pada kes pengeboman di Bali pada tahun 2002, bom Hotel JW Marriot di Jakarta pada 2003, pengeboman kedutaan di Jakarta 2004 dan pengeboman Bali pada tahun 2005.

Dr Azahari Husin adalah bekas pensyarah UTM,Skudai. Pada November 2005 iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Dr Azahari didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai meletupkan dirinya bersama-sama beberapa pengikutnya setelah tempat persembunyian nya di sebuah Villa di Kota Batu, Indonesia diserbu Detasemen 88 polis khas Indonesia. Terdapat pula laporan lain pula yang mendakwa Dr Azahari ditembak mati dan 2 orang rakannya yang meletupkan dirinya.

Noordin iaitu anak murid Dr Azahari juga dikatakan menggunakan nama Noordin Muh Top, Noordin Mat Top, and Noordin Din Moch Top.

Adakah perjuangan mereka ini adalah benar di sisi Islam dan adakah mereka mati syahid hanya Allah yang Maha Mengetahui.

INTERNET = DUIT  

Posted by Rudstarz

INTERNET = DUIT
Percaya atau tidak?

Fenomena perniagaan internet kini pesat berkembang. Usahawan internet sepenuh masa umpama cendawan tumbuh lepas hujan. Trend ini dibawa oleh Dr Irfan Khairi yang bergelar jutawan internet seawal usia 25 tahun. Menajubkan!

Percaya atau tidak seorang lg permata internet sedang bergemerlapan mengorak langkah memajukan internet marketing di Malaysia. Beliau yang di maksudkan adalah Adly Mukhtar aka Labanon.

Seorang yang berpengalaman dalam penghasilan produk digital yang tertumpu kepada niche Make Money Online seperti TipAdsense, Rahsia10K, MajalahIM dan sebagainya. Mendapat pendapatan RM10,000 pertama ketika berusia 17 tahun dan kini mengejar angka yang lebih tinggi.

Fenomena yang telah berlaku pada 10 Jun 2008 produk beliau telah mendapat 5 angka dalam masa 2 hari sahaja.
Beliau akan berkongsi rahsianya yang boleh digunakan oleh peniaga dan individu dalam kegawatan ini.

Untuk mengenali saudara Labanon dgn lebih dekat kunjungi blog team flarebiz

INDONESIA MARAH MALAYSIA?  

Posted by Rudstarz

Ada beberapa isu yang sekarang ini menyebabkan indonesia marahkan malaysia, tetapi kita perlu perhalusi dan memandangnya dari segenap sudut. saya telah meneliti perkara ini dan ini adalah kesimpulan saya rasakan sebab mereka marahkan kita.
isu yang sedang hangat di indonesia (pada malaysia perkara ini tak jd masalah/terpencil):-
a. kes manohara
b. kes ambalat
c. kes pembantu rumah kena dera
d. penggunaan budaya (lagu, pakaian, makanan dll yang hampir sama seperti mereka) sebagai alat untuk promosi pelaancongan negara
Ini adalah perkara2 yg dipandang serius oleh rakyat indonesia sekarang terhadap malaysia.

Sekarang ini ramai rakyat indonesia di laman web memangil malaysia MALINGSIA. Maling tu maksudnya pencuri. Bukalah laman web dan taip perkataan tu, pasti jumpa mcm2. Hakikat sebnarnya media di sana sengaja mengalihkan isu sebenar di sana yang lebih besar. Apa dia? Pastinya pilihanraya (pemilu) yang akan datang ini. Banyak manifesto yg tidak tertunai oleh ahli politik, oleh itu cara terbaik adalah menjadi hero dgn membangkitkan isu2 di atas.

Buktinya penghantaran pembantu rumah disekat serta merta ke malaysia sehingga tempoh yang ditetapkan?

Kenapa sehingga tempoh yang ditetapkan? kenapa tidak buat selama-lamanya? saya pasti selesai pemilu nanti, mereka akan hantar balik pembantu rumah ke malaysia. mereka masih belum mampu menampung rakyat sendiri lagi jadi itulah taktik mereka. tetapi kita pun tak heran, PAPA pun dah order puluh ribu pembantu rumah daripada mindanao. lepas ni terpulanglah kepada diorg nak teruskan ke tidak.

Kalau kes budaya pulak, memang byk persamaan dgn kita. Jadi kita ambil sebahagian, ubahsuai dan naiktaraf kemudian promosi hingga jadi produk pelancongan. Salahkah? Ingat lagi promosi pelancongan Singapura di tv-tv m'sia? Kan lagu tu lagu rakyat Malaysia yang kita dengar dari kecil, cuma Singapura tukar je lirik dia. Tetapi kita tak kisahpun. Malah kita buat Rasa Sayang jadi menarik dan jadi lagu promosi pelancongan kita plak. Masuk jugak dalam tv Singapura. Best man win. Yang Indonesia heboh sangat apasal? Sekarang Malaysia dan Singapura berlambak2 pelancong datang, kenapa perlu dengki? Jepun pun tak mencipta, sekadar ubahsuai dan komersialkan je.

Bagi rakyat M'sia byk lagi isu yg penting termasuklah membangunkan ekonomi yg baru jatuh tempoh hari. Tak perlulah nak bergaduh benda yang tak bermanfaat. Lgpun bila M'sia kaya, Indonesia pun tumpang jugak. Kita pun suka. Rakyat Msia yg asal usul Indonesia juga byk disini, dan mereka pun tak pernah lupa asal usul. Indonesia, berhentilah sikap nasionalisme yang tak tentu arah tu.

Arab Kacuk Kelantan Huhu  

Posted by Rudstarz

Orang Arab boleh cakap kelantan?Macam xcaya je tp ni reality, jom layaaaaaaaaannnnn...

BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?  

Posted by Rudstarz

Entry khas untuk kaum hawa sekalian...Ajak kawan2 baca entry istimewa ini..Bercinta dgn suami orang? Sedikit tips untuk anda..


1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.


4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.


8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

Jom Bisnes Kuih Raya --> Masyuukkk

WHO AM I?


Berminat untuk jadi Ejen Etiqa Takaful?
Hubungi Hairudi :017-6857940



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

FOLLOW ME!

TEMUDUGA KERAJAAN

Pakej istimewa khas untuk graduan sekalian. Jangan lepaskan peluang ini

RAJA AFFILIATE

Ingin mulakan perniagaan internet? Masih takda idea?

101 IDEA PERNIAGAAN INTERNET

Panduan yg wajib dimiliki oleh para Newbie dalam menjana wang prtama di internet tanpa sebarang modal

RAHSIA BLOG

Ingin tahu sejauh mana potensi anda untuk bergelar pro-blogger?