Patung Ghairah
Posted by Rudstarz
Jijik dan menggelikan! Ada juga peniaga yg sanggup menggadai maruah diri dan agama hanya semata2 nak jual patung bogel...sekali dgr macam best je, sound good haha. Tp realitinya menggambarkan tindakan segelintir peniaga kedai permainan kanak-kanak yang didapati mencari keuntungan hasil penjualan patung model gadis telanjang ala ‘Playboy’ atau separuh bogel kepada orang ramai.
Peniaga tidak beretika itu dikesan tanpa segan silu mempamerkan patung model pelbagai aksi gadis dalam keadaan ghairah dalam cermin pameran premis tanpa memikirkan kesannya terhadap moral kanak-kanak yang cenderung melihat patung lucah berkenaan.
Kegiatan atas nama perniagaan berkenaan didedahkan selepas seorang lelaki membuat aduan dia ‘terganggu’ dengan tindakan sebuah premis perniagaan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Seri Kembangan di sini, yang menjual pelbagai anak patung terbabit secara terbuka.
Apa yang diorang jual sebenarnya ni....usha siket
Dengan harga serendah RM74.90 sesiapa sahaja mampu milikinya malahan budak bawah umur 12 tahun pun layak jadikan antara koleksi peribadi mereka. Banteras sebeum ia menjadi BARAH!