15 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT SERTAI SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL  

Posted by Rudstarz

1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan
Pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika berlaku kematian atau hilang upaya seumur hidup, manfaat yang akan dibayar adalah berasaskan jumlah perlindungan. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.

2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga
Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.

3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S
Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun. Selepas umur 21 tahun (tempoh umur matang), boleh keluarkan tabungan terkumpul dalam akaun peserta untuk membiayai kos pendidikan ke universiti atau kolej.
4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji
Melalui produk Takaful Mesra, sumbangan dalam Takaful akan memenuhi keperluan dan manfaat ke arah menunaikan fardhu haji selewat-lewatnya 10 tahun akan datang.

5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal
Pihak Takaful akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.

6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 2 hari 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari yang didiscashkan.

7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan
Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

11. Pengecualian Cukai
Pendapatan Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Takaful Nasional akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful (win-win situation)13. Amal Jariah (Tabbaru'at)
Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.

Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan tabungan dan pelindungan untuk perancangan kewangan hari untuk hari esok

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…" (Hadis Riwayat Bukhari)


Hubungi Wakil takafl kami untuk maklumat lanjut

Md Hairudi Jani : 017-6857940

Jom Bisnes Kuih Raya --> Masyuukkk

WHO AM I?


Berminat untuk jadi Ejen Etiqa Takaful?
Hubungi Hairudi :017-6857940



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

FOLLOW ME!

TEMUDUGA KERAJAAN

Pakej istimewa khas untuk graduan sekalian. Jangan lepaskan peluang ini

RAJA AFFILIATE

Ingin mulakan perniagaan internet? Masih takda idea?

101 IDEA PERNIAGAAN INTERNET

Panduan yg wajib dimiliki oleh para Newbie dalam menjana wang prtama di internet tanpa sebarang modal

RAHSIA BLOG

Ingin tahu sejauh mana potensi anda untuk bergelar pro-blogger?