INDONESIA MARAH MALAYSIA?  

Posted by Rudstarz

Ada beberapa isu yang sekarang ini menyebabkan indonesia marahkan malaysia, tetapi kita perlu perhalusi dan memandangnya dari segenap sudut. saya telah meneliti perkara ini dan ini adalah kesimpulan saya rasakan sebab mereka marahkan kita.
isu yang sedang hangat di indonesia (pada malaysia perkara ini tak jd masalah/terpencil):-
a. kes manohara
b. kes ambalat
c. kes pembantu rumah kena dera
d. penggunaan budaya (lagu, pakaian, makanan dll yang hampir sama seperti mereka) sebagai alat untuk promosi pelaancongan negara
Ini adalah perkara2 yg dipandang serius oleh rakyat indonesia sekarang terhadap malaysia.

Sekarang ini ramai rakyat indonesia di laman web memangil malaysia MALINGSIA. Maling tu maksudnya pencuri. Bukalah laman web dan taip perkataan tu, pasti jumpa mcm2. Hakikat sebnarnya media di sana sengaja mengalihkan isu sebenar di sana yang lebih besar. Apa dia? Pastinya pilihanraya (pemilu) yang akan datang ini. Banyak manifesto yg tidak tertunai oleh ahli politik, oleh itu cara terbaik adalah menjadi hero dgn membangkitkan isu2 di atas.

Buktinya penghantaran pembantu rumah disekat serta merta ke malaysia sehingga tempoh yang ditetapkan?

Kenapa sehingga tempoh yang ditetapkan? kenapa tidak buat selama-lamanya? saya pasti selesai pemilu nanti, mereka akan hantar balik pembantu rumah ke malaysia. mereka masih belum mampu menampung rakyat sendiri lagi jadi itulah taktik mereka. tetapi kita pun tak heran, PAPA pun dah order puluh ribu pembantu rumah daripada mindanao. lepas ni terpulanglah kepada diorg nak teruskan ke tidak.

Kalau kes budaya pulak, memang byk persamaan dgn kita. Jadi kita ambil sebahagian, ubahsuai dan naiktaraf kemudian promosi hingga jadi produk pelancongan. Salahkah? Ingat lagi promosi pelancongan Singapura di tv-tv m'sia? Kan lagu tu lagu rakyat Malaysia yang kita dengar dari kecil, cuma Singapura tukar je lirik dia. Tetapi kita tak kisahpun. Malah kita buat Rasa Sayang jadi menarik dan jadi lagu promosi pelancongan kita plak. Masuk jugak dalam tv Singapura. Best man win. Yang Indonesia heboh sangat apasal? Sekarang Malaysia dan Singapura berlambak2 pelancong datang, kenapa perlu dengki? Jepun pun tak mencipta, sekadar ubahsuai dan komersialkan je.

Bagi rakyat M'sia byk lagi isu yg penting termasuklah membangunkan ekonomi yg baru jatuh tempoh hari. Tak perlulah nak bergaduh benda yang tak bermanfaat. Lgpun bila M'sia kaya, Indonesia pun tumpang jugak. Kita pun suka. Rakyat Msia yg asal usul Indonesia juga byk disini, dan mereka pun tak pernah lupa asal usul. Indonesia, berhentilah sikap nasionalisme yang tak tentu arah tu.

Arab Kacuk Kelantan Huhu  

Posted by Rudstarz

Orang Arab boleh cakap kelantan?Macam xcaya je tp ni reality, jom layaaaaaaaaannnnn...

BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?  

Posted by Rudstarz

Entry khas untuk kaum hawa sekalian...Ajak kawan2 baca entry istimewa ini..Bercinta dgn suami orang? Sedikit tips untuk anda..


1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.


4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.


8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

BILA NAK JD JUTAWAN?  

Posted by Rudstarz


Senarai terbaru orang2 kaya kat Malaysia. Tahniah tok diorang! Dalam mengkagumi pencapaian mereka, perlu disemat perasaan 'cemburu' dgn pencapaian yg begitu sukar untuk digapai dan bukan calang2 orang boleh maintain kedudukan seperti ini. Statistik menunjukkan hanya 9 orang Melayu dalam senarai ini.

Sesuatu yang menarik juga, billionaire di atas kesemuanya berusia 40 tahun dan ke atas yang paling muda 41 tahun dan yang paling tua pula berusia 87 tahun. Ada diantara mereka, yang mewarisi kekayaan daripada keluarga contohnya seperti isteri kepada mendiang Lim Goh Tong, dan juga Vinod Shkhtar yang mewarisi perniagaan getah bapanya.

Bagaimana mereka memperolehi kekayaan yang sangat banyak ini? Dari pembacaan aku, kebanyakan daripada mereka ini adalah pemegang saham terbesar bagi syarikat-syarikat tertentu. Kerana itu kekayaan mereka boleh berubah pada bila-bila masa sama ada menaik, atau menurun dalam sekelip mata bergantung kepada pasaran saham semasa.

Tapi yang paling nak bangga Dato' Mokhzani Mahathir berada kedudukan ke 16, Dato' Mokhzani adalah CEO Kencana Petroleum Bhd, tempat aku praktikal skrg ni haha xpasal2 nak bangga. Masih xcaya lagi, meh usha gamba ekslusif Dato' dan aku(kemeja coklat)

Patung Ghairah  

Posted by Rudstarz

Jijik dan menggelikan! Ada juga peniaga yg sanggup menggadai maruah diri dan agama hanya semata2 nak jual patung bogel...sekali dgr macam best je, sound good haha. Tp realitinya menggambarkan tindakan segelintir peniaga kedai permainan kanak-kanak yang didapati mencari keuntungan hasil penjualan patung model gadis telanjang ala ‘Playboy’ atau separuh bogel kepada orang ramai.

Peniaga tidak beretika itu dikesan tanpa segan silu mempamerkan patung model pelbagai aksi gadis dalam keadaan ghairah dalam cermin pameran premis tanpa memikirkan kesannya terhadap moral kanak-kanak yang cenderung melihat patung lucah berkenaan.

Kegiatan atas nama perniagaan berkenaan didedahkan selepas seorang lelaki membuat aduan dia ‘terganggu’ dengan tindakan sebuah premis perniagaan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Seri Kembangan di sini, yang menjual pelbagai anak patung terbabit secara terbuka.

Apa yang diorang jual sebenarnya ni....usha siket

Dengan harga serendah RM74.90 sesiapa sahaja mampu milikinya malahan budak bawah umur 12 tahun pun layak jadikan antara koleksi peribadi mereka. Banteras sebeum ia menjadi BARAH!

Kenapa Mesti Belajar Tinggi-tinggi?  

Posted by Rudstarz

Rancangan Ape Ke halnye yg bersiaran di TV9 sangat sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Rancangan yg dihoskan oleh Shamsul Ghau2 dan Mr. Os mempunyai aura tersendiri. Ayuh sama2 kita kupas Ape Ke Halnye edisi Jumaat, 12 Jun 2009.

Isu yg cukup sinonim bg seorang pelajar, sejauh mana 'academic performance' dapat memacu arah hidup anda?

Perlukah belajar tinggi2?

Antara kepentingan tahap pendidikan yg tinggi yg di kupas dalam rancangan ini adalah:

1) Peluang untuk mendapat perkerjan yg baek amat la tinggi jika belajar tinggi. Malah gaji yg diterime juga tinggi.

2) Org yg berilmu di hormati org laen. Banyak gakk gelaran yg di terime oleh org yg belaja tinggi nie antare nyer Dr. Prof dan sebagainya. Malah darjat org yg berilmu adalah lebih tinggi di sisi Allah.

3) Malah, org yg berilmu tidak mudah ditipu oleh org laen

4) Tp yg lebih merisaukan aku org belaja tinggi nie HANTARAN pon TINGGI. Lagi tinggi belaja lagi tinggi la hantaran nyer. Btol ker??
Dan laen2 lagi.

Wahai sahabatku di luar sana, jgn takut untuk belajar tinggi2, ini hanya sebahagian shja fadhilat menuntut ilmu malah realitinya tidak ternilai orang berilmu itu di tengah2 masyarakat dalam dunia ini.

Origional post by Kipas

Jom Bisnes Kuih Raya --> Masyuukkk

WHO AM I?


Berminat untuk jadi Ejen Etiqa Takaful?
Hubungi Hairudi :017-6857940



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

FOLLOW ME!

TEMUDUGA KERAJAAN

Pakej istimewa khas untuk graduan sekalian. Jangan lepaskan peluang ini

RAJA AFFILIATE

Ingin mulakan perniagaan internet? Masih takda idea?

101 IDEA PERNIAGAAN INTERNET

Panduan yg wajib dimiliki oleh para Newbie dalam menjana wang prtama di internet tanpa sebarang modal

RAHSIA BLOG

Ingin tahu sejauh mana potensi anda untuk bergelar pro-blogger?