Nov
Posted by Rudstarz
MENGAPA INDIVIDU PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL?
1) Setiap orang sentiasa terdedah kepada musibah
atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran,
penipuan dan banyak lagi yang boleh
mengakibatkan kerugian kewangan dan
pengurangan nilai
2) Risiko atau musibah itu tidak pasti bila terjadi
3) Sistem atau saluran bantu membantu tidak dihalang
oleh agama, malah ia sangat digalakkan
4) Sistem takaful boleh meringankan beban risiko atau
kesedihan untuk menyambung aktiviti harian hidup
PENGERTIAN TAKAFUL
“Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi
sumbangan bagi maksud itu.”
CIRI-CIRI TAKAFUL
- Sistem Islam
- Sumbangan Tabarru’
- Pelaburan Halal
- Majlis Pengawasan Syariah
- Tiada Unsur Riba
- Tiada Unsur Maisir
- Tiada Unsur Gharar
- Perkongsian Keuntungan
PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

KENAPA KITA HARUS MEMILIH TAKAFUL ?
TAKAFUL BEROPERASI MENGIKUT PRINSIP SYARA’
Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil
keputusan seperti berikut;
“Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat
insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah
yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu”;
- Mengandungi gharar (ketidaktentuan)
- Mengandungi unsur judi.
- Mengandungi unsur riba.
Untuk mengetahui lebih lanjut Pelan Takaful dan perancangan ekonomi masa
depan anda sila hubungi wakil korporat kami
Md Hairudi Bin J

017-6857940