GREAT TRANSITION  

Posted by Rudstarz

Apa yg bakal anda lihat sebentar lg pasti membuatkan anda hilang selera makan...Betulkan posture badan anda...Tenangkan minda dan refresh fizikal n mental..edjust kanta mata...silakan...

Amacam?Selera makan lagi ke haha xda pape la gurau je..Sound good!


Selsema Babi vs Pusat Penyembelihan Babi  

Posted by Rudstarz

Kisah berkaitan 'babi' hangat di perkatakan sekarang ini. Belum pun virus H1N1@Selsema babi menemui jalan penyelesaian, berita tentang kerajaan negeri Kedah merobohkan pusat penyembelihan babi di negeri itu merebak begitu pesat ke seluruh pelusuk negara. Ikuti petikal ertikal berikut...

Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun. Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.


Keadaan pusat penyembelihan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.

Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran. Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.


Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman. Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.


Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor dilihat. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya. Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.

'KARYA' NUKILAN SEORANG 'IBU'  

Posted by Rudstarz


Arini sy nak share something ttg 'karya' nukilan seorang 'ibu'. Sekilas pandang macam xda pape yg special ttg 'karya' ni tp bila baca betul-batul ia adalah amanat yg ditinggalkan oleh ibu yang tidak bertanggungjawab membuang bayinya setelah bayinya meninggal di Balok,Pahang baru-baru ini.

Tidak syak lagi ini adalah anak luar nikah yang tidak bersalah. Bukan untuk mencari salah siapa, salah lelaki atau salah perempuan? Tapi yang menjadi persoalan nilai kemanuasian orang Malaysia yang sangat kritikal. Walauapapun sama-sama kita berdoa semoga kaum kerabat kita dijauhkan dari jenayah kemanusiaan ini..

Errrrr Nak Jawab Ape Ek?  

Posted by Rudstarz

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah! huhu

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah
semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

CIRIT BIRIT  

Posted by Rudstarz

Rilekkssssssss..Melawak Sat





Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari Bagus , satu jawapan yang baik kata CEO tadi. Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua. KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua. Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu. Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga. Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga. Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT jawab calon keempat dengan yakin sekali. Haaa ? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah .. Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Origional post by Power Renjis

JOM PIKIAQ SAT!  

Posted by Rudstarz


Aku jalan-jalan kt blog org lain tibe2 terjumpe gambar ni.AMAZING! Tp betol ke? mula2 aku mcm xcy jer tp jom kita analize gambar ni.


Any idea?

BERITA BAIK UNTUK SEMUA!  

Posted by Rudstarz



"Susah sangat ke nak kerja kerajaan? Dengar cerita susah gak nak lepas interview kerja kerajaan, Orang yang mohon bukan main ramai baik aku lupakan jela...Tapi nak tau gak..Ape yang special sangat kerja kerajaan ni?"

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan oleh SPA. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

• Elaun perumahan
• Cost of living allowance (COLA)
• Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
• Kenaikan gaji setiap tahun
• Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
• Cuti bersalin
• Pinjaman perumahan
• Caruman KWSP atau pencen
• Bersara pada umur 58 tahun
• Peluang kenaikan pangkat
• Peluang melanjutkan pelajaran
• Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
• Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Kalau macam tu sapa nak tolak kerja dengan kerajaan....

MEMPERKENALKAN!



PANDUAN RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Kenapa Mesti Miliki Panduan Ini?
• Rahsia 'mempakejkan' diri anda semasa hadiri sesi temuduga.
• Persediaan mental dan fizikal
• 70 Contoh Skema Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan
• Strategi rahsia menjawab soalan temuduga Kerja Kerajaan
• Secret to succesful job hunting
• Template Contoh Resume

Bagi mereka yang baru menamatkan pengajian, Rahsia Kerja Kerajaan amat sesuai untuk anda. Sekarang peluang anda untuk mendapatkan kerja dengan keraan lebih cerah kerana anda telah mengetahi rahsianya. Rahsia tersebut kini terbongkar dengan Rahsia Kerja Kerajaan.

TRAGEDI 'BERDARAH' DI BILIK UTM  

Posted by Rudstarz

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro. com.my

Awas! Pantau Anak-Anak Muda Ini  

Posted by Rudstarz


Kementerian Pendidikan Malalaysia menggalakkan setiap sekolah menjalankan aktiviti kokurikulum. Kegiatan kokurikulum secara tidak langsung bakal dinilai sebagai antara kriteria untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi. Tapi awas! Lihat photo berikut.....



Aktiviti 'ko-kokikulum' di lakukan oleh anak-anak kita di luar sekolah yang dipostingkan oleh jinggo-minaq dalam fotopagesnya. Menurut Jinggo seorang jurufoto profesional kegiatan seperti ini biasa, tentu beliau merakam banyak lagi foto-foto 'ko-korikulum' sebegini atau lebih teruk daripada keadaan ini!

Bagaimana kita hendak menghilangkan kudis-kudis seperti ini. Jangan cari salah siapa salahkan diri kita sendiri. Jika perkara ini berlaku di hadapan mata anda, adakah anda akan menegurnya?

Jom Bisnes Kuih Raya --> Masyuukkk

WHO AM I?

Berminat untuk jadi Ejen Etiqa Takaful?
Hubungi Hairudi :017-6857940

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

FOLLOW ME!

TEMUDUGA KERAJAAN

Pakej istimewa khas untuk graduan sekalian. Jangan lepaskan peluang ini

RAJA AFFILIATE

Ingin mulakan perniagaan internet? Masih takda idea?

101 IDEA PERNIAGAAN INTERNET

Panduan yg wajib dimiliki oleh para Newbie dalam menjana wang prtama di internet tanpa sebarang modal

RAHSIA BLOG

Ingin tahu sejauh mana potensi anda untuk bergelar pro-blogger?