CIRIT BIRIT  

Posted by Rudstarz

Rilekkssssssss..Melawak Sat





Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari Bagus , satu jawapan yang baik kata CEO tadi. Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua. KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua. Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu. Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga. Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga. Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT jawab calon keempat dengan yakin sekali. Haaa ? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah .. Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Origional post by Power Renjis

0 comments

Post a Comment

Jom Bisnes Kuih Raya --> Masyuukkk

WHO AM I?


Berminat untuk jadi Ejen Etiqa Takaful?
Hubungi Hairudi :017-6857940



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

FOLLOW ME!

TEMUDUGA KERAJAAN

Pakej istimewa khas untuk graduan sekalian. Jangan lepaskan peluang ini

RAJA AFFILIATE

Ingin mulakan perniagaan internet? Masih takda idea?

101 IDEA PERNIAGAAN INTERNET

Panduan yg wajib dimiliki oleh para Newbie dalam menjana wang prtama di internet tanpa sebarang modal

RAHSIA BLOG

Ingin tahu sejauh mana potensi anda untuk bergelar pro-blogger?