Errrrr Nak Jawab Ape Ek?  

Posted by Rudstarz

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah! huhu

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah
semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

6 comments

Salam..Test comment

pepagi gini trasa bangga plak masih ada melayu yg kenal apa itu melayu! berdiri tanpa mendongak langit, tunduk tanpa menyembah bumi...berbangga bukan riak, kita la bangsa berdaulat.

wawawa...amek ko sedas!

wawawa....amek ko sedas!

Cik hanisa sedas tu ape huhu

haha..
sinis dan pedas!

Post a Comment

Jom Bisnes Kuih Raya --> Masyuukkk

WHO AM I?

Berminat untuk jadi Ejen Etiqa Takaful?
Hubungi Hairudi :017-6857940

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

Loading...

FOLLOW ME!

TEMUDUGA KERAJAAN

Pakej istimewa khas untuk graduan sekalian. Jangan lepaskan peluang ini

RAJA AFFILIATE

Ingin mulakan perniagaan internet? Masih takda idea?

101 IDEA PERNIAGAAN INTERNET

Panduan yg wajib dimiliki oleh para Newbie dalam menjana wang prtama di internet tanpa sebarang modal

RAHSIA BLOG

Ingin tahu sejauh mana potensi anda untuk bergelar pro-blogger?