Tidak Takut Saman RM 105 Juta?  

Posted by Rudstarz

KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga tidak takut disaman berapa banyak pun. Tuhan memihak pada yang benar dan harap berbalik rezeki (menang dalam saman itu) kepada kami,” kata Daisy Fajarina, 44, ibu mentua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Daisy dihubungi di Indonesia bagi mengulas tindakan saman fitnah berjumlah RM105 juta dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry terhadapnya semalam dan anak kedua Daisy, Manohara Odelia Pinot, 17, yang juga isteri Tengku Temenggong Kelantan.


Tengku Muhammad Fakhry, 31, sebagai plaintif, menamakan ibu mentuanya, Daisy Fajarina sebagai defendan pertama dan isterinya, Manohara Odelia Pinot defendan kedua. Sebelum ini, pada 5 Julai lalu, putera ketiga Sultan Kelantan itu memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan, bagi menuntut Manohara kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.

Mengenai kemelut kekeluargaan yang terjadi itu, Daisy berkata, naluri ibu dimilikinya tidak berapa tepat apabila menganggap Tengku Muhammad Fakhry boleh menjaga Manohara dengan baik. “Saya amat percaya kepadanya (Tengku Muhammad Fakhry) ketika kali pertama bertemu dalam satu majlis makan malam pada 2006 yang turut dihadiri Manohara. “Beliau datang kepada saya dan dengan sopan meminta kebenaran: ‘Boleh tidak saya berkenalan dengan puteri ibu (Manohara)’. Saya membenarkan kerana I really trust him so much (saya sangat percayakannya)...,” katanya.

“Manohara juga sedang dalam perancangan untuk bercerai. Dia tidak akan kembali kepada Tengku Muhammad Fakhry,” katanya.

Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara pulang ke Indonesia dan enggan kembali.

Kisah bekas model itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik Indonesia sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif. Berita mengenai Manohara yang melarikan diri daripada suaminya ketika di Singapura, baru-baru ini, mendapat liputan meluas akhbar di Indonesia.

Manohara yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh suaminya turut menjadi bahan berita utama 10 stesen televisyen swasta Indonesia yang menyiarkan sidang media dan wawancara dengannya sekembali ke Jakarta.

Benarkah Angkara Nordin Mat Top?  

Posted by Rudstarz

Noordin Mat Top rakyat Malaysia yang sangat dikehendaki FBI dikatakan sebagai dalang kepada kejadian letupan hotel di Jakarta.

Lima terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua bom meletup di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton, di Mega Kuningan, di sini, pagi ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan (84.5 pagi waktu Malaysia) itu bermula dengan letupan pertama di laluan masuk ke tempat meletak kereta di Hotel JW Marriot dan disusuli lima minit kemudian di Restoran Airlangga di tingkat dua Hotel Ritz Carlton.

Serangan bom pernah berlaku di Hotel JW Marriot pada tahun 2003. Kedua-dua hotel berkenaan merupakan hotel favourite bagi warga asing terutamanya daripada Amerika Syarikat dan Eropah.

Noordin Mohammed Top lahir di Johor pada 11 Ogos 1968 aka Noordin Mohammad Top adalah lelaki paling dikehendaki di Asia. Noordin dikatakan pakar bom Jemaah Islamiyah (JI) juga dilaporkan adalah pegawai, pelatih, pembuat bom dan perancang kepada kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Noordin dan Dr Azahari Husin seorang lagi rakyat Malaysia dikatakan "mastermind" pada kes pengeboman di Bali pada tahun 2002, bom Hotel JW Marriot di Jakarta pada 2003, pengeboman kedutaan di Jakarta 2004 dan pengeboman Bali pada tahun 2005.

Dr Azahari Husin adalah bekas pensyarah UTM,Skudai. Pada November 2005 iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Dr Azahari didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai meletupkan dirinya bersama-sama beberapa pengikutnya setelah tempat persembunyian nya di sebuah Villa di Kota Batu, Indonesia diserbu Detasemen 88 polis khas Indonesia. Terdapat pula laporan lain pula yang mendakwa Dr Azahari ditembak mati dan 2 orang rakannya yang meletupkan dirinya.

Noordin iaitu anak murid Dr Azahari juga dikatakan menggunakan nama Noordin Muh Top, Noordin Mat Top, and Noordin Din Moch Top.

Adakah perjuangan mereka ini adalah benar di sisi Islam dan adakah mereka mati syahid hanya Allah yang Maha Mengetahui.

INTERNET = DUIT  

Posted by Rudstarz

INTERNET = DUIT
Percaya atau tidak?

Fenomena perniagaan internet kini pesat berkembang. Usahawan internet sepenuh masa umpama cendawan tumbuh lepas hujan. Trend ini dibawa oleh Dr Irfan Khairi yang bergelar jutawan internet seawal usia 25 tahun. Menajubkan!

Percaya atau tidak seorang lg permata internet sedang bergemerlapan mengorak langkah memajukan internet marketing di Malaysia. Beliau yang di maksudkan adalah Adly Mukhtar aka Labanon.

Seorang yang berpengalaman dalam penghasilan produk digital yang tertumpu kepada niche Make Money Online seperti TipAdsense, Rahsia10K, MajalahIM dan sebagainya. Mendapat pendapatan RM10,000 pertama ketika berusia 17 tahun dan kini mengejar angka yang lebih tinggi.

Fenomena yang telah berlaku pada 10 Jun 2008 produk beliau telah mendapat 5 angka dalam masa 2 hari sahaja.
Beliau akan berkongsi rahsianya yang boleh digunakan oleh peniaga dan individu dalam kegawatan ini.

Untuk mengenali saudara Labanon dgn lebih dekat kunjungi blog team flarebiz

INDONESIA MARAH MALAYSIA?  

Posted by Rudstarz

Ada beberapa isu yang sekarang ini menyebabkan indonesia marahkan malaysia, tetapi kita perlu perhalusi dan memandangnya dari segenap sudut. saya telah meneliti perkara ini dan ini adalah kesimpulan saya rasakan sebab mereka marahkan kita.
isu yang sedang hangat di indonesia (pada malaysia perkara ini tak jd masalah/terpencil):-
a. kes manohara
b. kes ambalat
c. kes pembantu rumah kena dera
d. penggunaan budaya (lagu, pakaian, makanan dll yang hampir sama seperti mereka) sebagai alat untuk promosi pelaancongan negara
Ini adalah perkara2 yg dipandang serius oleh rakyat indonesia sekarang terhadap malaysia.

Sekarang ini ramai rakyat indonesia di laman web memangil malaysia MALINGSIA. Maling tu maksudnya pencuri. Bukalah laman web dan taip perkataan tu, pasti jumpa mcm2. Hakikat sebnarnya media di sana sengaja mengalihkan isu sebenar di sana yang lebih besar. Apa dia? Pastinya pilihanraya (pemilu) yang akan datang ini. Banyak manifesto yg tidak tertunai oleh ahli politik, oleh itu cara terbaik adalah menjadi hero dgn membangkitkan isu2 di atas.

Buktinya penghantaran pembantu rumah disekat serta merta ke malaysia sehingga tempoh yang ditetapkan?

Kenapa sehingga tempoh yang ditetapkan? kenapa tidak buat selama-lamanya? saya pasti selesai pemilu nanti, mereka akan hantar balik pembantu rumah ke malaysia. mereka masih belum mampu menampung rakyat sendiri lagi jadi itulah taktik mereka. tetapi kita pun tak heran, PAPA pun dah order puluh ribu pembantu rumah daripada mindanao. lepas ni terpulanglah kepada diorg nak teruskan ke tidak.

Kalau kes budaya pulak, memang byk persamaan dgn kita. Jadi kita ambil sebahagian, ubahsuai dan naiktaraf kemudian promosi hingga jadi produk pelancongan. Salahkah? Ingat lagi promosi pelancongan Singapura di tv-tv m'sia? Kan lagu tu lagu rakyat Malaysia yang kita dengar dari kecil, cuma Singapura tukar je lirik dia. Tetapi kita tak kisahpun. Malah kita buat Rasa Sayang jadi menarik dan jadi lagu promosi pelancongan kita plak. Masuk jugak dalam tv Singapura. Best man win. Yang Indonesia heboh sangat apasal? Sekarang Malaysia dan Singapura berlambak2 pelancong datang, kenapa perlu dengki? Jepun pun tak mencipta, sekadar ubahsuai dan komersialkan je.

Bagi rakyat M'sia byk lagi isu yg penting termasuklah membangunkan ekonomi yg baru jatuh tempoh hari. Tak perlulah nak bergaduh benda yang tak bermanfaat. Lgpun bila M'sia kaya, Indonesia pun tumpang jugak. Kita pun suka. Rakyat Msia yg asal usul Indonesia juga byk disini, dan mereka pun tak pernah lupa asal usul. Indonesia, berhentilah sikap nasionalisme yang tak tentu arah tu.

Arab Kacuk Kelantan Huhu  

Posted by Rudstarz

Orang Arab boleh cakap kelantan?Macam xcaya je tp ni reality, jom layaaaaaaaaannnnn...

BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?  

Posted by Rudstarz

Entry khas untuk kaum hawa sekalian...Ajak kawan2 baca entry istimewa ini..Bercinta dgn suami orang? Sedikit tips untuk anda..


1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.


4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.


8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

BILA NAK JD JUTAWAN?  

Posted by Rudstarz


Senarai terbaru orang2 kaya kat Malaysia. Tahniah tok diorang! Dalam mengkagumi pencapaian mereka, perlu disemat perasaan 'cemburu' dgn pencapaian yg begitu sukar untuk digapai dan bukan calang2 orang boleh maintain kedudukan seperti ini. Statistik menunjukkan hanya 9 orang Melayu dalam senarai ini.

Sesuatu yang menarik juga, billionaire di atas kesemuanya berusia 40 tahun dan ke atas yang paling muda 41 tahun dan yang paling tua pula berusia 87 tahun. Ada diantara mereka, yang mewarisi kekayaan daripada keluarga contohnya seperti isteri kepada mendiang Lim Goh Tong, dan juga Vinod Shkhtar yang mewarisi perniagaan getah bapanya.

Bagaimana mereka memperolehi kekayaan yang sangat banyak ini? Dari pembacaan aku, kebanyakan daripada mereka ini adalah pemegang saham terbesar bagi syarikat-syarikat tertentu. Kerana itu kekayaan mereka boleh berubah pada bila-bila masa sama ada menaik, atau menurun dalam sekelip mata bergantung kepada pasaran saham semasa.

Tapi yang paling nak bangga Dato' Mokhzani Mahathir berada kedudukan ke 16, Dato' Mokhzani adalah CEO Kencana Petroleum Bhd, tempat aku praktikal skrg ni haha xpasal2 nak bangga. Masih xcaya lagi, meh usha gamba ekslusif Dato' dan aku(kemeja coklat)

Patung Ghairah  

Posted by Rudstarz

Jijik dan menggelikan! Ada juga peniaga yg sanggup menggadai maruah diri dan agama hanya semata2 nak jual patung bogel...sekali dgr macam best je, sound good haha. Tp realitinya menggambarkan tindakan segelintir peniaga kedai permainan kanak-kanak yang didapati mencari keuntungan hasil penjualan patung model gadis telanjang ala ‘Playboy’ atau separuh bogel kepada orang ramai.

Peniaga tidak beretika itu dikesan tanpa segan silu mempamerkan patung model pelbagai aksi gadis dalam keadaan ghairah dalam cermin pameran premis tanpa memikirkan kesannya terhadap moral kanak-kanak yang cenderung melihat patung lucah berkenaan.

Kegiatan atas nama perniagaan berkenaan didedahkan selepas seorang lelaki membuat aduan dia ‘terganggu’ dengan tindakan sebuah premis perniagaan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Seri Kembangan di sini, yang menjual pelbagai anak patung terbabit secara terbuka.

Apa yang diorang jual sebenarnya ni....usha siket

Dengan harga serendah RM74.90 sesiapa sahaja mampu milikinya malahan budak bawah umur 12 tahun pun layak jadikan antara koleksi peribadi mereka. Banteras sebeum ia menjadi BARAH!

Kenapa Mesti Belajar Tinggi-tinggi?  

Posted by Rudstarz

Rancangan Ape Ke halnye yg bersiaran di TV9 sangat sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Rancangan yg dihoskan oleh Shamsul Ghau2 dan Mr. Os mempunyai aura tersendiri. Ayuh sama2 kita kupas Ape Ke Halnye edisi Jumaat, 12 Jun 2009.

Isu yg cukup sinonim bg seorang pelajar, sejauh mana 'academic performance' dapat memacu arah hidup anda?

Perlukah belajar tinggi2?

Antara kepentingan tahap pendidikan yg tinggi yg di kupas dalam rancangan ini adalah:

1) Peluang untuk mendapat perkerjan yg baek amat la tinggi jika belajar tinggi. Malah gaji yg diterime juga tinggi.

2) Org yg berilmu di hormati org laen. Banyak gakk gelaran yg di terime oleh org yg belaja tinggi nie antare nyer Dr. Prof dan sebagainya. Malah darjat org yg berilmu adalah lebih tinggi di sisi Allah.

3) Malah, org yg berilmu tidak mudah ditipu oleh org laen

4) Tp yg lebih merisaukan aku org belaja tinggi nie HANTARAN pon TINGGI. Lagi tinggi belaja lagi tinggi la hantaran nyer. Btol ker??
Dan laen2 lagi.

Wahai sahabatku di luar sana, jgn takut untuk belajar tinggi2, ini hanya sebahagian shja fadhilat menuntut ilmu malah realitinya tidak ternilai orang berilmu itu di tengah2 masyarakat dalam dunia ini.

Origional post by Kipas

GREAT TRANSITION  

Posted by Rudstarz

Apa yg bakal anda lihat sebentar lg pasti membuatkan anda hilang selera makan...Betulkan posture badan anda...Tenangkan minda dan refresh fizikal n mental..edjust kanta mata...silakan...

Amacam?Selera makan lagi ke haha xda pape la gurau je..Sound good!


Selsema Babi vs Pusat Penyembelihan Babi  

Posted by Rudstarz

Kisah berkaitan 'babi' hangat di perkatakan sekarang ini. Belum pun virus H1N1@Selsema babi menemui jalan penyelesaian, berita tentang kerajaan negeri Kedah merobohkan pusat penyembelihan babi di negeri itu merebak begitu pesat ke seluruh pelusuk negara. Ikuti petikal ertikal berikut...

Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun. Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.


Keadaan pusat penyembelihan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.

Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran. Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.


Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman. Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.


Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor dilihat. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya. Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.

'KARYA' NUKILAN SEORANG 'IBU'  

Posted by Rudstarz


Arini sy nak share something ttg 'karya' nukilan seorang 'ibu'. Sekilas pandang macam xda pape yg special ttg 'karya' ni tp bila baca betul-batul ia adalah amanat yg ditinggalkan oleh ibu yang tidak bertanggungjawab membuang bayinya setelah bayinya meninggal di Balok,Pahang baru-baru ini.

Tidak syak lagi ini adalah anak luar nikah yang tidak bersalah. Bukan untuk mencari salah siapa, salah lelaki atau salah perempuan? Tapi yang menjadi persoalan nilai kemanuasian orang Malaysia yang sangat kritikal. Walauapapun sama-sama kita berdoa semoga kaum kerabat kita dijauhkan dari jenayah kemanusiaan ini..

Errrrr Nak Jawab Ape Ek?  

Posted by Rudstarz

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah! huhu

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah
semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

CIRIT BIRIT  

Posted by Rudstarz

Rilekkssssssss..Melawak Sat





Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari Bagus , satu jawapan yang baik kata CEO tadi. Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua. KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua. Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu. Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga. Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga. Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT jawab calon keempat dengan yakin sekali. Haaa ? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah .. Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Origional post by Power Renjis

JOM PIKIAQ SAT!  

Posted by Rudstarz


Aku jalan-jalan kt blog org lain tibe2 terjumpe gambar ni.AMAZING! Tp betol ke? mula2 aku mcm xcy jer tp jom kita analize gambar ni.


Any idea?

BERITA BAIK UNTUK SEMUA!  

Posted by Rudstarz



"Susah sangat ke nak kerja kerajaan? Dengar cerita susah gak nak lepas interview kerja kerajaan, Orang yang mohon bukan main ramai baik aku lupakan jela...Tapi nak tau gak..Ape yang special sangat kerja kerajaan ni?"

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan oleh SPA. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

• Elaun perumahan
• Cost of living allowance (COLA)
• Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
• Kenaikan gaji setiap tahun
• Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
• Cuti bersalin
• Pinjaman perumahan
• Caruman KWSP atau pencen
• Bersara pada umur 58 tahun
• Peluang kenaikan pangkat
• Peluang melanjutkan pelajaran
• Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
• Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Kalau macam tu sapa nak tolak kerja dengan kerajaan....

MEMPERKENALKAN!



PANDUAN RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Kenapa Mesti Miliki Panduan Ini?
• Rahsia 'mempakejkan' diri anda semasa hadiri sesi temuduga.
• Persediaan mental dan fizikal
• 70 Contoh Skema Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan
• Strategi rahsia menjawab soalan temuduga Kerja Kerajaan
• Secret to succesful job hunting
• Template Contoh Resume

Bagi mereka yang baru menamatkan pengajian, Rahsia Kerja Kerajaan amat sesuai untuk anda. Sekarang peluang anda untuk mendapatkan kerja dengan keraan lebih cerah kerana anda telah mengetahi rahsianya. Rahsia tersebut kini terbongkar dengan Rahsia Kerja Kerajaan.

TRAGEDI 'BERDARAH' DI BILIK UTM  

Posted by Rudstarz

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro. com.my

Awas! Pantau Anak-Anak Muda Ini  

Posted by Rudstarz


Kementerian Pendidikan Malalaysia menggalakkan setiap sekolah menjalankan aktiviti kokurikulum. Kegiatan kokurikulum secara tidak langsung bakal dinilai sebagai antara kriteria untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi. Tapi awas! Lihat photo berikut.....



Aktiviti 'ko-kokikulum' di lakukan oleh anak-anak kita di luar sekolah yang dipostingkan oleh jinggo-minaq dalam fotopagesnya. Menurut Jinggo seorang jurufoto profesional kegiatan seperti ini biasa, tentu beliau merakam banyak lagi foto-foto 'ko-korikulum' sebegini atau lebih teruk daripada keadaan ini!

Bagaimana kita hendak menghilangkan kudis-kudis seperti ini. Jangan cari salah siapa salahkan diri kita sendiri. Jika perkara ini berlaku di hadapan mata anda, adakah anda akan menegurnya?

Jom Bisnes Kuih Raya --> Masyuukkk

WHO AM I?


Berminat untuk jadi Ejen Etiqa Takaful?
Hubungi Hairudi :017-6857940



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

FOLLOW ME!

TEMUDUGA KERAJAAN

Pakej istimewa khas untuk graduan sekalian. Jangan lepaskan peluang ini

RAJA AFFILIATE

Ingin mulakan perniagaan internet? Masih takda idea?

101 IDEA PERNIAGAAN INTERNET

Panduan yg wajib dimiliki oleh para Newbie dalam menjana wang prtama di internet tanpa sebarang modal

RAHSIA BLOG

Ingin tahu sejauh mana potensi anda untuk bergelar pro-blogger?